📧 alim0355@gmail.com  |  📞 +60-19-5579276
Facebook YouTube Telegram   
Qur'anScience

Qur'anScience

Illuminating the Qur'an Through Science

Laman Utama Tentang Kami Artikel eBook Hubungi Kami DermaDonate
✦ Siri eBook Al-Quran: Sains & Kesihatan ✦
✦ Quran eBook Series: Science & Health ✦
سُورَةُ النَّازِعَاتِ

Surah An-Nazi'at

"Yang Mencabut" — Malaikat Pencabut Nyawa, Kegemparan Kiamat, Kisah Firaun, dan Dua Golongan Manusia

"Those Who Extract" — The Angels of Death, the Upheaval of the Hour, the Story of Pharaoh, and Two Kinds of People

79
Nombor SurahSurah Number
46
Jumlah AyatTotal Verses
Makkiyah
Jenis SurahSurah Type
Juz 30
KedudukanLocation
As-Sahirah
Nama LainOther Name
📖 Surah An-Nazi'at ① Maklumat AsasBasic Info ② Teks & TerjemahanText & Translation ③ Tafsir TematikThematic Commentary ④ I'jaz IlmiQuran & Science ⑤ Hadis BerkaitanRelated Hadith ⑥ Panduan Amali & DoaPractice & Supplication
Bahagian 1
Section 1

Prakata & Maklumat Asas

Introduction & Basic Information

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ ٦
"Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan)," — An-Nazi'at 79:6
"On the Day the blast [of the Horn] will convulse [creation]," — An-Nazi'at 79:6
تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ ٧
"Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);" — An-Nazi'at 79:7
"There will follow it the subsequent [one]." — An-Nazi'at 79:7

eBook ini adalah sebahagian daripada Siri eBook Al-Quran: Sains & Kesihatan yang bertujuan mengupas hubungan antara ayat-ayat suci Al-Quran dengan penemuan sains moden. Surah An-Nazi'at merupakan surah ke-79 dalam Al-Quran yang mengandungi 46 ayat, diturunkan di Makkah.

This eBook is part of the Quran eBook Series: Science & Health, exploring the relationship between the verses of the Qur'an and modern scientific findings. Surah An-Nazi'at is a Makkan surah that powerfully affirms the certainty of the Day of Resurrection.

Surah ini dinamakan "An-Nazi'at" sempena ayat pertamanya yang bermaksud "Yang Mencabut" — merujuk kepada malaikat-malaikat yang mencabut nyawa. Surah ini memfokuskan kepada kepastian Hari Kiamat, kebangkitan semula, kisah Firaun yang ingkar, serta tanda-tanda kebesaran Allah di alam ciptaan-Nya.

The surah is named after its first word, meaning "those who extract" — the angels who take the souls. It focuses on the certainty of the Last Day, the Resurrection, the story of Moses and Pharaoh, the signs of Allah's power in creation, and the two kinds of people on the Day of Judgement.

Nama Surah (Arab)سُورَةُ النَّازِعَاتِ
Makna NamaYang Mencabut
Nombor Surah79
Bilangan Ayat46 ayat
Tempat TurunMakkiyah (diturunkan di Makkah)
Juzuk30
Nama LainAs-Sahirah (السَّاهِرَة)
Tema UtamaHari Kiamat, Kebangkitan, Kisah Firaun, Kekuasaan Allah
Surah Name (Arabic)سُورَةُ النَّازِعَاتِ
MeaningThose Who Extract
Surah Number79
Total Verses46 verses
RevelationMakkan (revealed in Makkah)
Juz30
Other NameAs-Sahirah
Main ThemesThe Last Day, Resurrection, the Story of Pharaoh, Allah's Power
Bahagian 2
Section 2

Teks Penuh & Terjemahan

Full Text & Translation

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ayat 1
Verse 1
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا ١
"Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;"
"By those [angels] who extract with violence"
Ayat 2
Verse 2
وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا ٢
"Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;"
"And [by] those who remove with ease"
Ayat 3
Verse 3
وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا ٣
"Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;"
"And [by] those who glide [as if] swimming"
Ayat 4
Verse 4
فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا ٤
"Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;"
"And those who race each other in a race"
Ayat 5
Verse 5
فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا ٥
"Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -"
"And those who arrange [each] matter,"
Ayat 6
Verse 6
يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ ٦
"Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),"
"On the Day the blast [of the Horn] will convulse [creation],"
Ayat 7
Verse 7
تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ ٧
"Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);"
"There will follow it the subsequent [one]."
Ayat 8
Verse 8
قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ ٨
"Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,"
"Hearts, that Day, will tremble,"
Ayat 9
Verse 9
أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ ٩
"Pemandangannya tunduk gerun."
"Their eyes humbled."
Ayat 10
Verse 10
يَقُولُونَ أَئِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ ١٠
"Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?"
"They are [presently] saying, "Will we indeed be returned to [our] former state [of life]?"
Ayat 11
Verse 11
أَئِذَا كُنَّا عِظَامًا نَّخِرَةً ١١
"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
"Even if we should be decayed bones?"
Ayat 12
Verse 12
قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ ١٢
"Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
"They say, "That, then, would be a losing return."
Ayat 13
Verse 13
فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ ١٣
"(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -"
"Indeed, it will be but one shout,"
Ayat 14
Verse 14
فَإِذَا هُم بِالسَّاهِرَةِ ١٤
"Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata."
"And suddenly they will be [alert] upon the earth's surface."
Ayat 15
Verse 15
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى ١٥
"Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?"
"Has there reached you the story of Moses? —"
Ayat 16
Verse 16
إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى ١٦
"Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -"
"When his Lord called to him in the sacred valley of Tuwa,"
Ayat 17
Verse 17
اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى ١٧
"(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);"
"Go to Pharaoh. Indeed, he has transgressed."
Ayat 18
Verse 18
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى ١٨
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?"
"And say to him, 'Would you [be willing to] purify yourself"
Ayat 19
Verse 19
وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى ١٩
"`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
"And let me guide you to your Lord so you would fear [Him]?'"
Ayat 20
Verse 20
فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى ٢٠
"(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar."
"And he showed him the greatest sign,"
Ayat 21
Verse 21
فَكَذَّبَ وَعَصَى ٢١
"Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);"
"But Pharaoh denied and disobeyed."
Ayat 22
Verse 22
ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى ٢٢
"Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa)."
"Then he turned his back, striving."
Ayat 23
Verse 23
فَحَشَرَ فَنَادَى ٢٣
"Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -"
"And he gathered [his people] and called out"
Ayat 24
Verse 24
فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى ٢٤
"Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi"."
"And said, "I am your most exalted lord."
Ayat 25
Verse 25
فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى ٢٥
"Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya."
"So Allah seized him in exemplary punishment for the last and the first [transgression]."
Ayat 26
Verse 26
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى ٢٦
"Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya)."
"Indeed in that is a warning for whoever would fear [Allah]."
Ayat 27
Verse 27
أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا ٢٧
"(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!"
"Are you a more difficult creation or is the heaven? Allah constructed it."
Ayat 28
Verse 28
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا ٢٨
"Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,"
"He raised its ceiling and proportioned it."
Ayat 29
Verse 29
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا ٢٩
"Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang."
"And He darkened its night and extracted its brightness."
Ayat 30
Verse 30
وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا ٣٠
"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -"
"And after that He spread the earth."
Ayat 31
Verse 31
أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا ٣١
"Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;"
"He extracted from it its water and its pasture,"
Ayat 32
Verse 32
وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا ٣٢
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);"
"And the mountains He set firmly"
Ayat 33
Verse 33
مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ ٣٣
"(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu."
"As provision for you and your grazing livestock."
Ayat 34
Verse 34
فَإِذَا جَاءَتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَى ٣٤
"Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -"
"But when there comes the greatest Overwhelming Calamity —"
Ayat 35
Verse 35
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ مَا سَعَى ٣٥
"Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -"
"The Day when man will remember that for which he strove,"
Ayat 36
Verse 36
وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِمَن يَرَى ٣٦
"Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -"
"And Hellfire will be exposed for [all] those who see —"
Ayat 37
Verse 37
فَأَمَّا مَن طَغَى ٣٧
"Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -"
"So as for he who transgressed"
Ayat 38
Verse 38
وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ٣٨
"Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -"
"And preferred the life of the world,"
Ayat 39
Verse 39
فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى ٣٩
"Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya."
"Then indeed, Hellfire will be [his] refuge."
Ayat 40
Verse 40
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى ٤٠
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -"
"But as for he who feared the position of his Lord and prevented the soul from [unlawful] inclination,"
Ayat 41
Verse 41
فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى ٤١
"Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."
"Then indeed, Paradise will be [his] refuge."
Ayat 42
Verse 42
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ٤٢
"Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
"They ask you, [O Muhammad], about the Hour: when is its arrival?"
Ayat 43
Verse 43
فِيمَ أَنتَ مِن ذِكْرَاهَا ٤٣
"Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?"
"In what [position] are you that you should mention it?"
Ayat 44
Verse 44
إِلَى رَبِّكَ مُنتَهَاهَا ٤٤
"Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya."
"To your Lord is its finality."
Ayat 45
Verse 45
إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخْشَاهَا ٤٥
"Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu."
"You are only a warner for those who fear it."
Ayat 46
Verse 46
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا ٤٦
"(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja."
"It will be, on the Day they see it, as though they had not remained [in the world] except for an afternoon or a morning thereof."
📝 Nota: Terjemahan Bahasa Melayu mengikut Basmeih/JAKIM (eBook penulis); terjemahan Inggeris mengikut Sahih International.
📝 Note: The Malay translation follows Basmeih/JAKIM (author's eBook); the English translation follows Sahih International.
Bahagian 3
Section 3

Tafsir Tematik

Thematic Commentary

3.1 Sumpah Allah Demi Para Malaikat (Ayat 1–5)

3.1 Allah's Oaths by the Angels (Verses 1–5)

وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا ١
"Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;" — An-Nazi'at 79:1
"By those [angels] who extract with violence" — An-Nazi'at 79:1
وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا ٢
"Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;" — An-Nazi'at 79:2
"And [by] those who remove with ease" — An-Nazi'at 79:2
وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا ٣
"Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;" — An-Nazi'at 79:3
"And [by] those who glide [as if] swimming" — An-Nazi'at 79:3
فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا ٤
"Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;" — An-Nazi'at 79:4
"And those who race each other in a race" — An-Nazi'at 79:4
فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا ٥
"Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -" — An-Nazi'at 79:5
"And those who arrange [each] matter," — An-Nazi'at 79:5

Allah ﷻ membuka surah ini dengan lima sumpah yang agung. Majoriti ulama tafsir seperti Ibn Abbas, Ibn Masud, Mujahid dan al-Hasan menafsirkan ayat-ayat ini merujuk kepada malaikat-malaikat yang bertugas mencabut nyawa:

Allah opens the surah with five great oaths. The majority of commentators — including Ibn 'Abbas and Ibn Mas'ud — explain that they refer to the angels in their various duties:

Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebut bahawa sumpah-sumpah ini menunjukkan betapa agungnya urusan para malaikat dalam sistem alam semesta. Mereka adalah makhluk yang sentiasa patuh dan tidak pernah menderhaka kepada Allah (Al-Anbiya' 21:27).

Ibn Kathir notes that these oaths show the greatness of the angels' affairs and affirm the certainty of the Resurrection.

3.2 Kegemparan Hari Kiamat (Ayat 6–14)

3.2 The Upheaval of the Last Day (Verses 6–14)

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ ٦
"Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan)," — An-Nazi'at 79:6
"On the Day the blast [of the Horn] will convulse [creation]," — An-Nazi'at 79:6
تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ ٧
"Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);" — An-Nazi'at 79:7
"There will follow it the subsequent [one]." — An-Nazi'at 79:7
قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ ٨
"Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut," — An-Nazi'at 79:8
"Hearts, that Day, will tremble," — An-Nazi'at 79:8
أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ ٩
"Pemandangannya tunduk gerun." — An-Nazi'at 79:9
"Their eyes humbled." — An-Nazi'at 79:9

Ayat 6-14 menggambarkan peristiwa dahsyat yang berlaku ketika Hari Kiamat tiba. "Ar-Rajifah" (الرَّاجِفَةُ) bermaksud tiupan sangkakala pertama yang menyebabkan semua makhluk mati, manakala "Ar-Radifah" (الرَّادِفَةُ) adalah tiupan kedua yang menghidupkan semula semua makhluk untuk dihisab.

Verses 6–14 describe the terrifying events of the Last Day: "ar-rajifah" — the first blast that convulses creation — followed by "ar-radifah", the second blast that raises the dead.

Hati manusia pada saat itu berdebar penuh ketakutan (وَاجِفَةٌ) dan pandangan mata tertunduk (خَاشِعَةٌ). Orang-orang kafir yang sebelum ini menafikan kebangkitan terpana melihat kenyataan: "Apakah kami benar-benar dikembalikan?" Dan jawapannya: hanya dengan SATU tiupan (زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ), semua manusia pun bangkit di Padang Mahsyar (السَّاهِرَةِ).

Hearts tremble and eyes are humbled. Those who mocked the Resurrection ("Shall we be returned after becoming decayed bones?") will suddenly find themselves on the open plain, by a single shout.

3.3 Kisah Nabi Musa dan Firaun (Ayat 15–26)

3.3 Moses and Pharaoh (Verses 15–26)

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى ١٧
"(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);" — An-Nazi'at 79:17
""Go to Pharaoh. Indeed, he has transgressed." — An-Nazi'at 79:17
فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى ١٨
""Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?" — An-Nazi'at 79:18
"And say to him, 'Would you [be willing to] purify yourself" — An-Nazi'at 79:18
وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى ١٩
"`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "" — An-Nazi'at 79:19
"And let me guide you to your Lord so you would fear [Him]?'"" — An-Nazi'at 79:19
فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى ٢٤
"Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi"." — An-Nazi'at 79:24
"And said, "I am your most exalted lord."" — An-Nazi'at 79:24
فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى ٢٥
"Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya." — An-Nazi'at 79:25
"So Allah seized him in exemplary punishment for the last and the first [transgression]." — An-Nazi'at 79:25
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى ٢٦
"Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya)." — An-Nazi'at 79:26
"Indeed in that is a warning for whoever would fear [Allah]." — An-Nazi'at 79:26

Kisah Firaun dalam surah ini berfungsi sebagai contoh jelas tentang akibat keangkuhan dan penolakan kebenaran. Allah ﷻ mengutus Nabi Musa AS ke Mesir dengan misi membebaskan Bani Israel dan menyeru Firaun kepada tauhid. Namun Firaun mendustakan dan menderhaka, bahkan mendakwa dirinya "Tuhan yang paling tinggi" — suatu keangkuhan yang tidak tertandingi dalam sejarah manusia.

The story of Pharaoh serves as a clear example of the consequences of arrogance and rejecting the truth. Moses was sent with gentleness, inviting Pharaoh to purify himself — but he denied, disobeyed and proclaimed "I am your most exalted lord".

Akibatnya: Allah ﷻ menghukumnya dengan "naka:l al-a:khirah wa al-u:la:" — iaitu azab akhirat (neraka) dan azab dunia (ditenggelamkan di Laut Merah). Ini adalah peringatan keras bahawa kuasa manusia selemah-lemah makhluk berbanding kekuasaan Allah Yang Maha Agung.

As a result, Allah seized him with the punishment of the Hereafter and of this world — a lesson for whoever fears Allah.

3.4 Tanda-tanda Kebesaran Allah dalam Alam (Ayat 27–33)

3.4 Signs of Allah in Creation (Verses 27–33)

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا ٢٧
"(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!" — An-Nazi'at 79:27
"Are you a more difficult creation or is the heaven? Allah constructed it." — An-Nazi'at 79:27
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا ٢٨
"Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya," — An-Nazi'at 79:28
"He raised its ceiling and proportioned it." — An-Nazi'at 79:28
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا ٢٩
"Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang." — An-Nazi'at 79:29
"And He darkened its night and extracted its brightness." — An-Nazi'at 79:29
وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا ٣٠
"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -" — An-Nazi'at 79:30
"And after that He spread the earth." — An-Nazi'at 79:30
أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا ٣١
"Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;" — An-Nazi'at 79:31
"He extracted from it its water and its pasture," — An-Nazi'at 79:31
وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا ٣٢
"Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);" — An-Nazi'at 79:32
"And the mountains He set firmly" — An-Nazi'at 79:32

Allah mengemukakan hujah logik kepada orang-orang yang menafikan kebangkitan: jika Allah mampu mencipta langit yang begitu luas dan agung, bumi yang mengandungi air, tumbuhan dan gunung-gunung — tidakkah Dia mampu menghidupkan semula manusia? Tentulah mampu!

Allah presents a logical argument to those who deny resurrection: if He could create the heavens, which are far mightier than man, how could He not recreate man?

3.5 Dua Golongan pada Hari Kiamat & Rahsia Masa Kiamat (Ayat 34–46)

3.5 Two Kinds of People & the Secret of the Hour (Verses 34–46)

فَأَمَّا مَن طَغَى ٣٧
"Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -" — An-Nazi'at 79:37
"So as for he who transgressed" — An-Nazi'at 79:37
وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ٣٨
"Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -" — An-Nazi'at 79:38
"And preferred the life of the world," — An-Nazi'at 79:38
فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى ٣٩
"Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya." — An-Nazi'at 79:39
"Then indeed, Hellfire will be [his] refuge." — An-Nazi'at 79:39
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى ٤٠
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -" — An-Nazi'at 79:40
"But as for he who feared the position of his Lord and prevented the soul from [unlawful] inclination," — An-Nazi'at 79:40
فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى ٤١
"Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." — An-Nazi'at 79:41
"Then indeed, Paradise will be [his] refuge." — An-Nazi'at 79:41

Golongan 1 — Yang CELAKA: Orang yang melampaui batas (طَغَى) dan mengutamakan kehidupan dunia (آثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا). Tempat kediamannya: NERAKA JAHANAM.

The wretched: those who transgressed and preferred the life of this world — their abode is Hell.

Golongan 2 — Yang BAHAGIA: Orang yang takut kepada Allah (خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ) dan menahan hawa nafsu (نَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى). Tempat kediamannya: SYURGA.

The blessed: those who feared standing before their Lord and restrained the soul from its desires — their abode is Paradise.

Surah berakhir dengan menegaskan bahawa masa tepat Kiamat adalah rahsia Allah semata-mata. Nabi Muhammad ﷺ hanya bertugas sebagai pemberi amaran, bukan pemberitahu masa. Pada hari mereka melihatnya, mereka seolah-olah hanya hidup di dunia sebentar sahaja — petang atau paginya!

The surah ends by affirming that the exact time of the Hour is known to Allah alone; the Prophet ﷺ is only a warner. On the Day they see it, it will seem as if they had stayed in the world only an evening or a morning.

Bahagian 4
Section 4

I'jaz Ilmi — Sains & Kesihatan

Quran & Science

⚠️ Nota Ilmiah: Perbincangan I'jaz Ilmi ini bertujuan untuk da'wah dan renungan. Ia bukan tafsir utama Al-Quran. Segala perbandingan dengan sains moden dibuat secara ilmiah dan berhati-hati.
⚠️ Scholarly Note: This I'jaz 'Ilmi discussion is for da'wah and reflection. It is not the primary tafsir of the Qur'an; all comparisons with modern science are made carefully.

4.1 Proses Pencabutan Nyawa

4.1 The Taking of the Soul

وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا ١
"Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;" — An-Nazi'at 79:1
"By those [angels] who extract with violence" — An-Nazi'at 79:1
وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا ٢
"Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;" — An-Nazi'at 79:2
"And [by] those who remove with ease" — An-Nazi'at 79:2

Surah ini secara spesifik menggambarkan DUA cara pencabutan nyawa yang berbeza. Sains moden dan kajian perubatan mengenai proses kematian (thanatology) mendapati bahawa proses kematian boleh berbeza mengikut keadaan:

The surah describes two different ways in which the soul is taken. Studies of the dying process (thanatology) find that the experience of death can differ according to circumstances:

Kajian tentang pengalaman menjelang kematian (Near Death Experience) — termasuk projek AWARE oleh Dr. Sam Parnia — mendapati pengalaman ini berbeza-beza: kebanyakannya digambarkan tenang, manakala sebahagian kecil melaporkan pengalaman yang menakutkan. Namun perlu dinyatakan secara jujur: sains tidak dapat mengukur roh atau membezakan keadaan orang beriman dan kafir; gambaran Al-Quran tentang dua cara pencabutan nyawa adalah perkara ghaib yang diimani.

Research on near-death experiences — including the AWARE project led by Dr Sam Parnia — finds that these experiences vary: most are described as peaceful, while a minority report frightening experiences. Honestly stated, science cannot measure the soul or distinguish between the states of believers and disbelievers; the Qur'an's description of two ways of taking the soul is a matter of the unseen held in faith.

Kajian elektroensefalografi (EEG) juga merekodkan corak aktiviti otak yang berbeza-beza pada saat kematian — ada yang menunjukkan lonjakan aktiviti seketika dan ada yang menurun secara beransur-ansur. Corak ini menarik untuk direnungkan, namun tidak boleh dijadikan bukti tentang cara roh dicabut.

EEG studies have also recorded varying patterns of brain activity at death — some with a brief surge, others with a gradual decline. These patterns are interesting to reflect on, but cannot be taken as evidence of how the soul is taken.

4.2 Dua Goncangan pada Hari Kiamat

4.2 The Two Blasts of the Last Day

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ ٦
"Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan)," — An-Nazi'at 79:6
"On the Day the blast [of the Horn] will convulse [creation]," — An-Nazi'at 79:6
تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ ٧
"Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);" — An-Nazi'at 79:7
"There will follow it the subsequent [one]." — An-Nazi'at 79:7

Konsep 'ar-rajifah' (goncangan pertama) diikuti 'ar-radifah' (goncangan pengiring) mengandungi kemungkinan isyarat tentang mekanisme geologi yang kompleks. Dalam ilmu geofizik:

The concept of "ar-rajifah" followed by "ar-radifah" has been compared by some writers with geophysical phenomena:

Prof. Zaghloul El-Naggar (Mesir) antara penulis yang mengaitkan ayat ini dengan fenomena alam berperingkat. Namun para mufassir klasik menghuraikan "ar-rajifah" dan "ar-radifah" sebagai tiupan sangkakala pertama dan kedua — peristiwa Hari Kiamat yang ghaib, bukan fenomena geologi biasa.

Prof. Zaghloul El-Naggar is among the writers who link this verse to staged natural phenomena. However, the classical commentators explain "ar-rajifah" and "ar-radifah" as the first and second blowings of the Horn — unseen events of the Last Day, not ordinary geological phenomena.

4.3 Langit yang Ditinggikan

4.3 The Heaven Raised High

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا ٢٧
"(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!" — An-Nazi'at 79:27
"Are you a more difficult creation or is the heaven? Allah constructed it." — An-Nazi'at 79:27
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا ٢٨
"Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya," — An-Nazi'at 79:28
"He raised its ceiling and proportioned it." — An-Nazi'at 79:28

Perkataan 'rafa'a samkaha' (رَفَعَ سَمْكَهَا) bermaksud 'Dia meninggikan bangunannya'. Sebahagian penulis I'jaz Ilmi seperti Prof. Zaghloul El-Naggar mengaitkannya dengan penemuan Edwin Hubble (1929) bahawa alam semesta sentiasa mengembang. Perlu dinyatakan secara jujur bahawa kaitan ini lebih kukuh bagi ayat Adh-Dhariyat 51:47 ("wa inna lamusi'un"), manakala "rafa'a samkaha" menurut mufassir klasik bermaksud Allah meninggikan binaan langit dan menyempurnakannya.

"Rafa'a samkaha" means "He raised its structure high". Some I'jaz writers such as Prof. Zaghloul El-Naggar link it to Edwin Hubble's discovery (1929) that the universe is expanding. Honestly stated, this link is stronger for Adh-Dhariyat 51:47 ("wa inna lamusi'un"), while classical commentators explain "rafa'a samkaha" as Allah raising and perfecting the structure of the heaven.

Pengukuran moden — antaranya daripada Teleskop Angkasa Hubble dan misi satelit Planck — menganggarkan kadar pengembangan alam semesta sekitar 67 hingga 73 km/s/Mpc (kilometer sesaat per megaparsec). Ini bermaksud setiap detik, alam semesta semakin meluas — langit semakin 'dinaikkan' .

Modern measurements — including from the Hubble Space Telescope and the Planck satellite — estimate the expansion rate of the universe at about 67 to 73 km/s/Mpc.

4.4 Penghamparan Bumi (Ad-Dahw)

4.4 The Spreading of the Earth (Ad-Dahw)

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا ٣٠
"Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -" — An-Nazi'at 79:30
"And after that He spread the earth." — An-Nazi'at 79:30
أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا ٣١
"Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;" — An-Nazi'at 79:31
"He extracted from it its water and its pasture," — An-Nazi'at 79:31

Perkataan 'dahaha' (دَحَاهَا) menurut kamus Arab klasik dan para mufassir bermaksud 'menghamparkan' — Allah menghamparkan bumi dan mengeluarkan air serta tumbuh-tumbuhan daripadanya (ayat 31). Sebahagian penulis moden mengaitkannya dengan 'udhiyy' (tempat burung unta bertelur) lalu mendakwa ia merujuk bentuk telur; namun tafsiran ini tidak disokong oleh kebanyakan ahli bahasa dan mufassir.

According to classical Arabic dictionaries and the commentators, "dahaha" means "spread it out" — Allah spread the earth and brought forth from it water and pasture (verse 31). Some modern writers link it to "udhiyy" (an ostrich's nesting place) and claim it refers to an egg shape, but this interpretation is not supported by most linguists and commentators.

🌍 Fakta Saintifik: Bumi memang sedikit leper di kutub: jejari khatulistiwa 6,378 km dan jejari kutub 6,357 km — berbeza hanya sekitar 0.3%, jadi bumi hampir sfera, tidak menyerupai telur burung unta yang bujur. (Sumber: NASA Earth Fact Sheet)
🌍 Scientific Fact: The earth is slightly flattened at the poles — equatorial radius 6,378 km and polar radius 6,357 km — a difference of only about 0.3%, so the earth is nearly spherical, not shaped like an elongated ostrich egg. (Source: NASA Earth Fact Sheet)
Bahagian 5
Section 5

Hadis Berkaitan

Related Hadith

Lima hadis berikut berkaitan rapat dengan tema Surah An-Nazi'at — kematian dan alam kubur, keadaan Hari Kiamat, syafaat, dan bekalan takwa.

The following five hadith relate closely to the themes of Surah An-Nazi'at — death and the grave, the Day of Judgement, intercession, and the provision of taqwa.

☾ Hadis 1 — Soal Jawab di Alam Kubur
☾ Hadith 1 — The Questioning in the Grave

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، ح وَحَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، - وَهَذَا لَفْظُ هَنَّادٍ - عَنِ الأَعْمَشِ، عَنِ الْمِنْهَالِ، عَنْ زَاذَانَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ ‏:‏ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ فِي جَنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ، فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ وَلَمَّا يُلْحَدْ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ كَأَنَّمَا عَلَى رُءُوسِنَا الطَّيْرُ، وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ بِهِ فِي الأَرْضِ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ ‏: ‏ ‏"‏ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ‏"‏ ‏.‏ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا - زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ هَا هُنَا - وَقَالَ ‏:‏ ‏"‏ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ حِينَ يُقَالُ لَهُ ‏:‏ يَا هَذَا مَنْ رَبُّكَ وَمَا دِينُكَ وَمَنْ نَبِيُّكَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ هَنَّادٌ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولاَنِ لَهُ ‏:‏ مَنْ رَبُّكَ فَيَقُولُ ‏:‏ رَبِّيَ اللَّهُ ‏.‏ فَيَقُولاَنِ لَهُ ‏:‏ مَا دِينُكَ فَيَقُولُ ‏:‏ دِينِي الإِسْلاَمُ ‏.‏ فَيَقُولاَنِ لَهُ ‏:‏ مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ قَالَ فَيَقُولُ ‏:‏ هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ فَيَقُولاَنِ ‏:‏ وَمَا يُدْرِيكَ فَيَقُولُ ‏:‏ قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ ‏"‏ ‏.‏ زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ ‏:‏ ‏"‏ فَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ‏‏{‏ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا ‏}‏ ‏"‏ ‏.‏ الآيَةَ ‏.‏ ثُمَّ اتَّفَقَا قَالَ ‏:‏ ‏"‏ فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ ‏:‏ أَنْ قَدْ صَدَقَ عَبْدِي فَأَفْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ وَيُفْتَحُ لَهُ فِيهَا مَدَّ بَصَرِهِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ وَإِنَّ الْكَافِرَ ‏"‏ ‏.‏ فَذَكَرَ مَوْتَهُ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ وَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولاَنِ ‏:‏ مَنْ رَبُّكَ فَيَقُولُ ‏:‏ هَاهْ هَاهْ هَاهْ لاَ أَدْرِي ‏.‏ فَيَقُولاَنِ لَهُ ‏:‏ مَا دِينُكَ فَيَقُولُ ‏:‏ هَاهْ هَاهْ لاَ أَدْرِي ‏.‏ فَيَقُولاَنِ ‏:‏ مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ فَيَقُولُ ‏:‏ هَاهْ هَاهْ لاَ أَدْرِي ‏.‏ فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ ‏:‏ أَنْ كَذَبَ فَأَفْرِشُوهُ مِنَ النَّارِ وَأَلْبِسُوهُ مِنَ النَّارِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا وَسَمُومِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلاَعُهُ ‏"‏ ‏.‏ زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَبْكَمُ مَعَهُ مِرْزَبَّةٌ مِنْ حَدِيدٍ، لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ لَصَارَ تُرَابًا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ فَيَضْرِبُهُ بِهَا ضَرْبَةً يَسْمَعُهَا مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ إِلاَّ الثَّقَلَيْنِ فَيَصِيرُ تُرَابًا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ‏:‏ ‏"‏ ثُمَّ تُعَادُ فِيهِ الرُّوحُ ‏" ‏ ‏.‏

Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib رضي الله عنهما, beliau berkata:
Kami keluar bersama Rasulullah ﷺ mengiringi jenazah seorang lelaki daripada kaum Ansar. Kami sampai di kubur sebelum liang lahadnya digali. Rasulullah ﷺ pun duduk dan kami duduk di sekeliling Baginda seolah-olah di atas kepala kami ada burung (kerana sangat khusyuk dan diam). Di tangan Baginda ada sebatang kayu, lalu Baginda menguis-nguis tanah dengannya.
Kemudian Baginda mengangkat kepala dan bersabda:
“Mintalah perlindungan kepada Allah daripada azab kubur.”
Baginda mengulanginya dua atau tiga kali.
Kemudian Baginda bersabda bahawa apabila seseorang itu telah dikebumikan dan para pengiringnya beredar pergi, dia dapat mendengar bunyi tapak kasut mereka ketika mereka berpaling meninggalkannya. Lalu dia didatangi dua malaikat yang mendudukkannya dan bertanya:
“Siapakah Tuhanmu? Apakah agamamu? Siapakah nabimu?”
Dia menjawab:
“Tuhanku ialah Allah.”
“Agamaku ialah Islam.”
“Lelaki ini ialah Rasulullah ﷺ.”
Lalu ditanya: “Bagaimana engkau tahu?”
Dia menjawab: “Aku membaca Kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya.”
Al-Bara' ibn 'Azib said: We went out with the Messenger of Allah ﷺ for the funeral of a man of the Ansar… He raised his head and said: "Seek refuge with Allah from the punishment of the grave" two or three times. Then he described how, after burial, two angels come and ask: "Who is your Lord? What is your religion? Who is this man who was sent among you?" The believer answers: "My Lord is Allah, my religion is Islam, he is the Messenger of Allah", and says: "I read the Book of Allah, believed in it and affirmed it."
Riwayat: Sunan Abi Dawud (4753) — Kitab as-Sunnah
Sanad: 'Uthman bin Abi Syaibah → Jarir → Al-A'masy → Al-Minhal → Zadhan → Al-Bara' bin 'Azib RA
Narrated in: Sunan Abi Dawud (4753) — Book of the Sunnah
Chain: 'Uthman bin Abi Syaibah → Jarir → Al-A'masy → Al-Minhal → Zadhan → Al-Bara' bin 'Azib RA
✔ Sahih (al-Albani)
☾ Hadis 2 — Allah Meneguhkan Orang Beriman di Dalam Kubur
☾ Hadith 2 — Allah Makes the Believers Firm in the Grave

حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ، عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ ‏"‏ إِذَا أُقْعِدَ الْمُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ أُتِيَ، ثُمَّ شَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ ‏‏{‏يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ‏}‏ ‏" ‏‏.‏ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ بِهَذَا وَزَادَ ‏‏{‏يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا‏}‏ نَزَلَتْ فِي عَذَابِ الْقَبْرِ‏.‏

Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda:
“Apabila seorang mukmin didudukkan di dalam kuburnya, dia akan didatangi (oleh malaikat), lalu dia bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad ialah Rasulullah. Maka itulah maksud firman Allah:
{ يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ }‘Allah meneguhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh…’”(Surah Ibrahim: 27)
Dalam riwayat lain disebutkan tambahan:
Ayat tersebut diturunkan berkenaan azab kubur.
Al-Bara' ibn 'Azib reported that the Prophet ﷺ said: "When the believer is seated in his grave, (the angels) come to him and he testifies that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah. That is the saying of Allah: 'Allah keeps firm those who believe with the firm word.'" In another narration: this verse was revealed concerning the punishment of the grave.
Riwayat: Sahih al-Bukhari (1369) — Kitab al-Jana'iz
Sanad: Hafs bin 'Umar → Syu'bah → 'Alqamah bin Marthad → Sa'd bin 'Ubaidah → Al-Bara' bin 'Azib RA
Narrated in: Sahih al-Bukhari (1369) — Book of Funerals
Chain: Hafs bin 'Umar → Syu'bah → 'Alqamah bin Marthad → Sa'd bin 'Ubaidah → Al-Bara' bin 'Azib RA
✔ Sahih
☾ Hadis 3 — Nikmat Dunia Dilupakan dengan Satu Celupan
☾ Hadith 3 — Worldly Pleasure Forgotten in One Dip

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ ثَابِتٍ، الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ‏"‏ يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ فَيَقُولُ لاَ وَاللَّهِ يَا رَبِّ ‏.‏ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لاَ وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤُسٌ قَطُّ وَلاَ رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ ‏"‏ ‏.‏

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Akan didatangkan pada Hari Kiamat seorang yang paling mewah hidupnya di dunia dalam kalangan ahli neraka. Lalu dia dicelupkan ke dalam neraka sekali celupan. Kemudian dikatakan kepadanya:
‘Wahai anak Adam, adakah engkau pernah melihat kebaikan sedikit pun? Adakah pernah engkau merasai kenikmatan walau sedikit?’
Maka dia menjawab: ‘Tidak, demi Allah wahai Tuhanku.’
Dan akan didatangkan pula seorang yang paling sengsara hidupnya di dunia dalam kalangan ahli syurga. Lalu dia dicelupkan ke dalam syurga sekali celupan. Kemudian dikatakan kepadanya:
‘Wahai anak Adam, adakah engkau pernah melihat kesusahan sedikit pun? Adakah pernah engkau mengalami penderitaan walau sedikit?’
Maka dia menjawab: ‘Tidak, demi Allah wahai Tuhanku. Aku tidak pernah mengalami kesusahan sedikit pun dan tidak pernah melihat penderitaan sedikit pun.’”
Anas ibn Malik reported that the Messenger of Allah ﷺ said: "The person who lived the most luxurious life in this world among the people of Hell will be brought and dipped once in the Fire, and asked: 'O son of Adam, did you ever see any good? Did you ever enjoy any pleasure?' He will say: 'No, by Allah, my Lord.' And the person who lived the hardest life in this world among the people of Paradise will be dipped once in Paradise and asked: 'Did you ever see any hardship?' He will say: 'No, by Allah, my Lord. I never experienced any hardship.'"
Riwayat: Sahih Muslim (2807) — Kitab Sifat al-Qiyamah
Sanad: 'Amr an-Naqid → Yazid bin Harun → Hammad bin Salamah → Thabit al-Bunani → Anas bin Malik RA
Narrated in: Sahih Muslim (2807) — Book of the Descriptions of the Day of Judgement
Chain: 'Amr an-Naqid → Yazid bin Harun → Hammad bin Salamah → Thabit al-Bunani → Anas bin Malik RA
✔ Sahih
☾ Hadis 4 — Syafaat Agung Rasulullah ﷺ
☾ Hadith 4 — The Great Intercession of the Prophet ﷺ

أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ، أَخْبَرَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ بِلَحْمٍ فَرُفِعَ إِلَيْهِ الذِّرَاعُ فَأَكَلَهُ وَكَانَتْ تُعْجِبُهُ فَنَهَسَ مِنْهَا نَهْسَةً ثُمَّ قَالَ ‏ "‏ أَنَا سَيِّدُ النَّاسِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ هَلْ تَدْرُونَ لِمَ ذَاكَ يَجْمَعُ اللَّهُ النَّاسَ الأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَيُسْمِعُهُمُ الدَّاعِي وَيَنْفُذُهُمُ الْبَصَرُ وَتَدْنُو الشَّمْسُ مِنْهُمْ فَيَبْلُغُ النَّاسُ مِنَ الْغَمِّ وَالْكَرْبِ مَا لاَ يُطِيقُونَ وَلاَ يَحْتَمِلُونَ فَيَقُولُ النَّاسُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ أَلاَ تَرَوْنَ مَا قَدْ بَلَغَكُمْ أَلاَ تَنْظُرُونَ مَنْ يَشْفَعُ لَكُمْ إِلَى رَبِّكُمْ فَيَقُولُ النَّاسُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَلَيْكُمْ بِآدَمَ ‏.‏ فَيَأْتُونَ آدَمَ فَيَقُولُونَ أَنْتَ أَبُو الْبَشَرِ خَلَقَكَ اللَّهُ بِيَدِهِ وَنَفَخَ فِيكَ مِنْ رُوحِهِ وَأَمَرَ الْمَلاَئِكَةَ فَسَجَدُوا لَكَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلاَ تَرَى مَا نَحْنُ فِيهِ أَلاَ تَرَى مَا قَدْ بَلَغَنَا فَيَقُولُ لَهُمْ آدَمُ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنَّهُ قَدْ نَهَانِي عَنِ الشَّجَرَةِ فَعَصَيْتُ نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى نُوحٍ ‏.‏ فَيَأْتُونَ نُوحًا فَيَقُولُونَ يَا نُوحُ أَنْتَ أَوَّلُ الرُّسُلِ إِلَى أَهْلِ الأَرْضِ وَقَدْ سَمَّاكَ اللَّهُ عَبْدًا شَكُورًا اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلاَ تَرَى مَا نَحْنُ فِيهِ أَلاَ تَرَى مَا قَدْ بَلَغَنَا فَيَقُولُ لَهُمْ نُوحٌ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنَّهُ قَدْ كَانَ لِي دَعْوَةٌ دَعَوْتُهَا عَلَى قَوْمِي نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى إِبْرَاهِيمَ ‏.‏ فَيَأْتُونَ إِبْرَاهِيمَ فَيَقُولُونَ يَا إِبْرَاهِيمُ أَنْتَ نَبِيُّ اللَّهِ وَخَلِيلُهُ مِنْ أَهْلِ الأَرْضِ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلاَ تَرَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنِّي قَدْ كَذَبْتُ ثَلاَثَ كَذَبَاتٍ فَذَكَرَهُنَّ أَبُو حَيَّانَ فِي الْحَدِيثِ نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى مُوسَى ‏.‏ فَيَأْتُونَ مُوسَى فَيَقُولُونَ يَا مُوسَى أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ فَضَّلَكَ اللَّهُ بِرِسَالَتِهِ وَبِكَلاَمِهِ عَلَى الْبَشَرِ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلاَ تَرَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَإِنِّي قَدْ قَتَلْتُ نَفْسًا لَمْ أُومَرْ بِقَتْلِهَا نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى عِيسَى ‏.‏ فَيَأْتُونَ عِيسَى فَيَقُولُونَ يَا عِيسَى أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَكَلَّمْتَ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلاَ تَرَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَيَقُولُ عِيسَى إِنَّ رَبِّي قَدْ غَضِبَ الْيَوْمَ غَضَبًا لَمْ يَغْضَبْ قَبْلَهُ مِثْلَهُ وَلَنْ يَغْضَبَ بَعْدَهُ مِثْلَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ ذَنْبًا نَفْسِي نَفْسِي نَفْسِي اذْهَبُوا إِلَى غَيْرِي اذْهَبُوا إِلَى مُحَمَّدٍ ‏.‏ قَالَ فَيَأْتُونَ مُحَمَّدًا فَيَقُولُونَ يَا مُحَمَّدُ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ وَخَاتَمُ الأَنْبِيَاءِ وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ اشْفَعْ لَنَا إِلَى رَبِّكَ أَلاَ تَرَى مَا نَحْنُ فِيهِ فَأَنْطَلِقُ فَآتِي تَحْتَ الْعَرْشِ فَأَخِرُّ سَاجِدًا لِرَبِّي ثُمَّ يَفْتَحُ اللَّهُ عَلَىَّ مِنْ مَحَامِدِهِ وَحُسْنِ الثَّنَاءِ عَلَيْهِ شَيْئًا لَمْ يَفْتَحْهُ عَلَى أَحَدٍ قَبْلِي ثُمَّ يُقَالُ يَا مُحَمَّدُ ارْفَعْ رَأْسَكَ سَلْ تُعْطَهُ وَاشْفَعْ تُشَفَّعْ ‏.‏ فَأَرْفَعُ رَأْسِي فَأَقُولُ يَا رَبِّ أُمَّتِي يَا رَبِّ أُمَّتِي يَا رَبِّ أُمَّتِي ‏.‏ فَيَقُولُ يَا مُحَمَّدُ أَدْخِلْ مِنْ أُمَّتِكَ مَنْ لاَ حِسَابَ عَلَيْهِ مِنَ الْبَابِ الأَيْمَنِ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ وَهُمْ شُرَكَاءُ النَّاسِ فِيمَا سِوَى ذَلِكَ مِنَ الأَبْوَابِ ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرَ وَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى ‏" ‏ ‏.‏ وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ وَأَنَسٍ وَعُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ وَأَبِي سَعِيدٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَأَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ اسْمُهُ يَحْيَى بْنُ سَعِيدِ بْنِ حَيَّانَ كُوفِيٌّ وَهُوَ ثِقَةٌ وَأَبُو زُرْعَةَ بْنُ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ اسْمُهُ هَرِمٌ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda (setelah Baginda memakan bahagian lengan daging yang disukai Baginda):
“Aku adalah penghulu manusia pada Hari Kiamat. Tahukah kamu mengapa?”
Kemudian Baginda menerangkan bahawa pada Hari Kiamat Allah mengumpulkan seluruh manusia — yang terdahulu dan yang terkemudian — di satu tempat. Matahari didekatkan dan manusia berada dalam keadaan kesusahan dan kesempitan yang amat sangat.
Mereka berkata sesama sendiri:
“Tidakkah kamu melihat keadaan kita? Tidakkah kamu mencari seseorang yang boleh memberi syafaat kepada Tuhan kamu?”
Abu Hurairah reported that the Messenger of Allah ﷺ said: "I will be the leader of mankind on the Day of Resurrection. Do you know why?" Then he described how Allah will gather all people on one plain, the sun will draw near and their distress will become unbearable, and they will say: "Do you not see what has befallen us? Will you not seek someone to intercede for us with your Lord?" — and they will go to Adam, Nuh, Ibrahim, Musa and 'Isa, until they come to Muhammad ﷺ.
Riwayat: Jami' at-Tirmidhi (2434) — Kitab Sifat al-Qiyamah
Sanad: Suwaid bin Nasr → 'Abdullah (Ibn al-Mubarak) → Abu Hayyan at-Taimi → Abu Zur'ah → Abu Hurairah RA
Narrated in: Jami' at-Tirmidhi (2434) — Book of the Day of Judgement
Chain: Suwaid bin Nasr → 'Abdullah (Ibn al-Mubarak) → Abu Hayyan at-Taimi → Abu Zur'ah → Abu Hurairah RA
✔ Sahih (Darussalam); Hasan Sahih menurut at-Tirmizi
☾ Hadis 5 — Tiga Wasiat Agung: Takwa, Taubat, Akhlak
☾ Hadith 5 — Three Great Counsels: Taqwa, Repentance, Character

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ مَيْمُونِ بْنِ أَبِي شَبِيبٍ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ ‏" ‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏

Daripada Abu Dzar رضي الله عنه, beliau berkata:
Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku:
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”
Abu Dharr said: The Messenger of Allah ﷺ said to me: "Fear Allah wherever you are, follow a bad deed with a good deed and it will erase it, and treat people with good character."
Riwayat: Jami' at-Tirmidhi (1987) — Kitab al-Birr wa as-Silah
Sanad: Muhammad bin Basysyar → 'Abd al-Rahman bin Mahdi → Sufyan → Habib bin Abi Thabit → Maimun bin Abi Syabib → Abu Dzar RA
Narrated in: Jami' at-Tirmidhi (1987) — Book of Righteousness
Chain: Muhammad bin Basysyar → 'Abd al-Rahman bin Mahdi → Sufyan → Habib bin Abi Thabit → Maimun bin Abi Syabib → Abu Dzar RA
✔ Hasan (Darussalam); Hasan Sahih menurut at-Tirmizi
Bahagian 6
Section 6

Panduan Amali, Doa & Penutup

Practical Guidance, Supplication & Conclusion

Berikut adalah panduan amali harian untuk menghayati pengajaran surah ini dalam kehidupan seharian:

Daily practical guidance to live the lessons of this surah:

✦ Panduan Amali
✦ Practical Guidance

Penutup

Conclusion

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ٢٠١
" Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". — Al-Baqarah 2:201
"Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire." — Al-Baqarah 2:201

Semoga eBook Surah An-Nazi'at ini memberi manfaat kepada pembaca, meningkatkan kefahaman tentang kebesaran Al-Quran, dan mendekatkan kita semua kepada Allah ﷻ. Amin.

May this eBook on Surah An-Nazi'at benefit its readers, increase their understanding of the greatness of the Qur'an, and strengthen their faith in the Hereafter.

وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

📥 Muat Turun eBook PDF

📥 Download eBook PDF

Kulit eBook Surah An-Nazi'at

Dapatkan versi PDF lengkap Surah An-Nazi'at: Sains & Kesihatan — PERCUMA

Get the complete PDF version of Surah An-Nazi'at: Science & Health — FREE

Muat Turun PDF — PercumaDownload PDF — Free

📚 Sumber & Rujukan

📚 Sources & References

Al-Quran & Tafsir

Qur'an & Tafsir

  • Al-Qur'an al-Karim, Rasm Uthmani (Riwayat Hafs 'an 'Asim)
  • Abdullah Basmeih — Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
  • Sahih International — The Qur'an: English Meanings
  • Ibn Kathir — Tafsir al-Qur'an al-'Azim

Hadith

Hadith

  • Sunan Abi Dawud — No. 4753
  • Sahih al-Bukhari — No. 1369
  • Sahih Muslim — No. 2807
  • Jami' at-Tirmidhi — No. 1987, 2434

Sains

Science

  • Parnia S, et al. (2014). AWARE — AWAreness during REsuscitation. Resuscitation 85:1799–1805.
  • Planck Collaboration (2018). Cosmological parameters.
  • NASA — Earth Fact Sheet.