📧 alim0355@gmail.com  |  📞 +60-19-5579276
Facebook YouTube Telegram   
Qur'anScience

Qur'anScience

Illuminating the Qur'an Through Science

Laman Utama Tentang Kami Artikel eBook Hubungi Kami DermaDonate
✦ Siri eBook Al-Quran: Sains & Kesihatan ✦
✦ Quran eBook Series: Science & Health ✦
سُورَةُ الْإِنْسَانِ

Surah Al-Insan

"Manusia" — Asal Usul Kejadian, Dua Jalan Pilihan, Sifat Al-Abrar, dan Nikmat Syurga

"Man" — Human Origins, Two Paths, the Traits of the Righteous, and the Bliss of Paradise

76
Nombor SurahSurah Number
31
Jumlah AyatTotal Verses
Madaniyyah
Jenis SurahSurah Type
Juz 29
KedudukanLocation
Ad-Dahr
Nama LainOther Name
📖 Surah Al-Insan ① Maklumat AsasBasic Info ② Teks & TerjemahanText & Translation ③ Tafsir TematikThematic Commentary ④ I'jaz IlmiQuran & Science ⑤ Hadis BerkaitanRelated Hadith ⑥ Panduan Amali & DoaPractice & Supplication
Bahagian 1
Section 1

Prakata & Maklumat Asas

Introduction & Basic Information

وَيُطْعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا ٨
"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan," — Al-Insan 76:8
"And they give food in spite of love for it to the needy, the orphan, and the captive," — Al-Insan 76:8

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ﷻ. Risalah ini adalah sebahagian daripada Siri eBook Al-Qur’an: Sains & Kesihatan, satu usaha kecil untuk mengupas keindahan ayat-ayat suci Al-Qur’an serta mengaitkannya dengan penemuan sains dan perubatan moden, khusus untuk pelajar tahfiz, penceramah agama, dan seluruh umat Islam yang dahagakan ilmu.

Praise be to Allah. This treatise is part of the Quran eBook Series: Science & Health, a small effort to connect the verses of the Qur'an with modern knowledge in health and science.

Surah Al-Insan (“Manusia”), juga dikenali sebagai Ad-Dahr (“Masa”), adalah surah ke-76 dalam Al-Qur’an, mengandungi 31 ayat. Ia membicarakan asal usul kejadian manusia daripada nutfah amshaj (air mani yang bercampur), ujian kehidupan, dua jalan pilihan iaitu syukur atau kufur, balasan bagi golongan al-abrar (yang berbakti) di Syurga, serta peringatan tentang kehendak Allah yang meliputi segala kehendak manusia.

Surah Al-Insan ("Man"), also called Ad-Dahr ("Time"), is the 76th surah of the Qur'an with 31 verses. It speaks of human origins from a "mingled drop" (nutfah amshaj), the test of life, the two paths of gratitude or ingratitude, the reward of the righteous (al-abrar) in Paradise, and the reminder that Allah's will encompasses all human will.

Nama Surah (Arab)سُورَةُ الْإِنْسَانِ
Maksud NamaManusia
Nama LainAd-Dahr (الدهر) — "Masa"
Nombor Surah76 daripada 114 surah
Bilangan Ayat31 ayat
GolonganMadaniyyah menurut Mushaf Madinah (sebahagian ulama berpendapat Makkiyah)
JuzukJuzuk 29
Tertib TurunKe-98 mengikut tertib penurunan
Surah Name (Arabic)سُورَةُ الْإِنْسَانِ
MeaningMan
Other NameAd-Dahr — "Time"
Surah Number76 of 114
Total Verses31 verses
TypeMadinan per the Madinah Mushaf (some scholars hold it Makkan)
JuzJuz 29
Order of Revelation98th in the order of revelation
Bahagian 2
Section 2

Teks Penuh & Terjemahan

Full Text & Translation

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ayat 1
Verse 1
هَلْ أَتَىٰ عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ حِينٌ مِّنَ ٱلدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْـًٔا مَّذْكُورًا ١
"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?"
"Has there [not] come upon man a period of time when he was not a thing [even] mentioned?"
Ayat 2
Verse 2
إِنَّا خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَٰهُ سَمِيعًۢا بَصِيرًا ٢
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat."
"Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing."
Ayat 3
Verse 3
إِنَّا هَدَيْنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا ٣
"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)."
"Indeed, We guided him to the way, be he grateful or be he ungrateful."
Ayat 4
Verse 4
إِنَّآ أَعْتَدْنَا لِلْكَٰفِرِينَ سَلَٰسِلَا۟ وَأَغْلَٰلًا وَسَعِيرًا ٤
"(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang."
"Indeed, We have prepared for the disbelievers chains and shackles and a blaze."
Ayat 5
Verse 5
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا ٥
"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -"
"Indeed, the righteous will drink from a cup whose mixture is of Kafur,"
Ayat 6
Verse 6
عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ ٱللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا ٦
"Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya."
"A spring of which the [righteous] servants of Allah will drink; they will make it gush forth in force [and abundance]."
Ayat 7
Verse 7
يُوفُونَ بِٱلنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُۥ مُسْتَطِيرًا ٧
"(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini."
"They [are those who] fulfil [their] vows and fear a Day whose evil will be widespread."
Ayat 8
Verse 8
وَيُطْعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا ٨
"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,"
"And they give food in spite of love for it to the needy, the orphan, and the captive,"
Ayat 9
Verse 9
إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَآءً وَلَا شُكُورًا ٩
"(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,"
"[Saying], "We feed you only for the countenance of Allah. We wish not from you reward or gratitude."
Ayat 10
Verse 10
إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا ١٠
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut"."
"Indeed, We fear from our Lord a Day austere and distressful."
Ayat 11
Verse 11
فَوَقَىٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمِ وَلَقَّىٰهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا ١١
"Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)."
"So Allah will protect them from the evil of that Day and give them radiance and happiness"
Ayat 12
Verse 12
وَجَزَىٰهُم بِمَا صَبَرُوا۟ جَنَّةً وَحَرِيرًا ١٢
"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera."
"And will reward them for what they patiently endured [with] a garden [in Paradise] and silk [garments]."
Ayat 13
Verse 13
مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلْأَرَآئِكِ ۖ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلَا زَمْهَرِيرًا ١٣
"Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;"
"[They will be] reclining therein on adorned couches. They will not see therein any [burning] sun or [freezing] cold."
Ayat 14
Verse 14
وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَٰلُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا ١٤
"Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya."
"And near above them are its shades, and its [fruit] to be picked will be lowered in compliance."
Ayat 15
Verse 15
وَيُطَافُ عَلَيْهِم بِـَٔانِيَةٍ مِّن فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا۠ ١٥
"Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -"
"And there will be circulated among them vessels of silver and cups having been [created] clear [as glass],"
Ayat 16
Verse 16
قَوَارِيرَا۟ مِن فِضَّةٍ قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًا ١٦
"(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya."
"Clear glasses [made] from silver of which they have determined the measure."
Ayat 17
Verse 17
وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا ١٧
"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil","
"And they will be given to drink a cup whose mixture is of ginger"
Ayat 18
Verse 18
عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلًا ١٨
"Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil"."
"[From] a fountain within it [i.e., Paradise] named Salsabil."
Ayat 19
Verse 19
وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا ١٩
"Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan."
"There will circulate among them young boys made eternal. When you see them, you would think them [as beautiful as] scattered pearls."
Ayat 20
Verse 20
وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيمًا وَمُلْكًا كَبِيرًا ٢٠
"Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya)."
"And when you look there [in Paradise], you will see pleasure and great dominion."
Ayat 21
Verse 21
عَٰلِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوٓا۟ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَىٰهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا ٢١
"Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci."
"Upon the inhabitants will be green garments of fine silk and brocade. And they will be adorned with bracelets of silver, and their Lord will give them a purifying drink."
Ayat 22
Verse 22
إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمْ جَزَآءً وَكَانَ سَعْيُكُم مَّشْكُورًا ٢٢
"(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)"."
"[And it will be said], "Indeed, this is for you a reward, and your effort has been appreciated."
Ayat 23
Verse 23
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ تَنزِيلًا ٢٣
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur."
"Indeed, it is We who have sent down to you, [O Muhammad], the Qur'an progressively."
Ayat 24
Verse 24
فَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًا ٢٤
"Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar."
"So be patient for the decision of your Lord and do not obey from among them a sinner or ungrateful [disbeliever]."
Ayat 25
Verse 25
وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ٢٥
"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;"
"And mention the name of your Lord [in prayer] morning and evening"
Ayat 26
Verse 26
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَٱسْجُدْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا ٢٦
"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam."
"And during the night prostrate to Him and exalt Him a long [part of the] night."
Ayat 27
Verse 27
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا ٢٧
"Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa)."
"Indeed, these [disbelievers] love the immediate and leave behind them a grave Day."
Ayat 28
Verse 28
نَّحْنُ خَلَقْنَٰهُمْ وَشَدَدْنَآ أَسْرَهُمْ ۖ وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَآ أَمْثَٰلَهُمْ تَبْدِيلًا ٢٨
"Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya."
"We have created them and strengthened their forms, and when We will, We can change their likenesses with [complete] change."
Ayat 29
Verse 29
إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا ٢٩
"Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)."
"Indeed, this is a reminder, so he who wills may take to his Lord a way."
Ayat 30
Verse 30
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا ٣٠
"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)."
"And you do not will except that Allah wills. Indeed, Allah is ever Knowing and Wise."
Ayat 31
Verse 31
يُدْخِلُ مَن يَشَآءُ فِى رَحْمَتِهِۦ ۚ وَٱلظَّٰلِمِينَ أَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًۢا ٣١
"Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
"He admits whom He wills into His mercy; but the wrongdoers — He has prepared for them a painful punishment."
📝 Nota: Terjemahan Bahasa Melayu mengikut Abdullah Muhammad Basmeih (eBook penulis); terjemahan Inggeris mengikut Sahih International.
📝 Note: The Malay translation follows Abdullah Muhammad Basmeih (author's eBook); the English translation follows Sahih International.
Bahagian 3
Section 3

Tafsir Tematik

Thematic Commentary

3.1 Asal Usul Manusia & Dua Jalan Pilihan (Ayat 1–3)

3.1 Human Origins & Two Paths (Verses 1–3)

هَلْ أَتَىٰ عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ حِينٌ مِّنَ ٱلدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْـًٔا مَّذْكُورًا ١
"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?" — Al-Insan 76:1
"Has there [not] come upon man a period of time when he was not a thing [even] mentioned?" — Al-Insan 76:1
إِنَّا خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَٰهُ سَمِيعًۢا بَصِيرًا ٢
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." — Al-Insan 76:2
"Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing." — Al-Insan 76:2
إِنَّا هَدَيْنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا ٣
"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)." — Al-Insan 76:3
"Indeed, We guided him to the way, be he grateful or be he ungrateful." — Al-Insan 76:3

Surah ini membuka dengan soalan retorik yang menginsafkan: bukankah pernah ada suatu waktu manusia tidak wujud, tidak disebut-sebut sama sekali? Ayat 2 kemudian menjelaskan proses kejadian manusia daripada nutfah amshaj — air mani yang bercampur (pati lelaki dan perempuan) — lalu Allah mengurniakan pendengaran dan penglihatan kepadanya. Ayat 3 menegaskan prinsip kehendak bebas (free will) yang menjadi teras ujian hidup: Allah telah menunjukkan jalan kebenaran melalui akal, fitrah dan para Rasul, lalu manusia sendiri yang memilih sama ada untuk bersyukur (beriman dan taat) atau berlaku kufur (mengingkari).

The surah opens with a humbling rhetorical question: was there not a time when man did not exist and was not even mentioned? Allah created him from a mingled drop to test him, gave him hearing and sight, and showed him the way — to be grateful or ungrateful.

3.2 Balasan bagi yang Ingkar & Sifat-Sifat Al-Abrar (Ayat 4–10)

3.2 The Fate of Deniers & the Traits of the Righteous (Verses 4–10)

يُوفُونَ بِٱلنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُۥ مُسْتَطِيرًا ٧
"(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini." — Al-Insan 76:7
"They [are those who] fulfil [their] vows and fear a Day whose evil will be widespread." — Al-Insan 76:7
وَيُطْعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا ٨
"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan," — Al-Insan 76:8
"And they give food in spite of love for it to the needy, the orphan, and the captive," — Al-Insan 76:8
إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَآءً وَلَا شُكُورًا ٩
"(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih," — Al-Insan 76:9
"[Saying], "We feed you only for the countenance of Allah. We wish not from you reward or gratitude." — Al-Insan 76:9

Ayat 4 merupakan amaran keras: bagi golongan yang kufur disediakan rantai, belenggu dan neraka yang menjulang-julang. Sebaliknya ayat 5 hingga 10 memuji golongan al-abrar (yang berbakti) dengan tiga sifat utama: pertama, menyempurnakan nazar (ayat 7) — iaitu menunaikan janji kepada Allah sepenuh hati; kedua, takut akan hari akhirat yang dahsyat seksanya; ketiga, memberi makan kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan semata-mata kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan atau ucapan terima kasih (ayat 8–9). Inilah intipati keikhlasan (ikhlas) dalam beramal — sedekah yang tidak dicemari riak atau mengharap pujian manusia.

Verse 4 is a stern warning: chains, shackles and a blazing fire for the disbelievers. Verses 5–10 praise the righteous (al-abrar): they fulfil their vows, fear the Day of Judgement, and feed the poor, the orphan and the captive despite their own need — purely for the sake of Allah, seeking no reward or thanks.

3.3 Nikmat Syurga bagi Al-Abrar (Ayat 11–22)

3.3 The Bliss of Paradise for the Righteous (Verses 11–22)

فَوَقَىٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمِ وَلَقَّىٰهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا ١١
"Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati)." — Al-Insan 76:11
"So Allah will protect them from the evil of that Day and give them radiance and happiness" — Al-Insan 76:11
وَجَزَىٰهُم بِمَا صَبَرُوا۟ جَنَّةً وَحَرِيرًا ١٢
"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera." — Al-Insan 76:12
"And will reward them for what they patiently endured [with] a garden [in Paradise] and silk [garments]." — Al-Insan 76:12
عَٰلِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ وَحُلُّوٓا۟ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَىٰهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا ٢١
"Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci." — Al-Insan 76:21
"Upon the inhabitants will be green garments of fine silk and brocade. And they will be adorned with bracelets of silver, and their Lord will give them a purifying drink." — Al-Insan 76:21
إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمْ جَزَآءً وَكَانَ سَعْيُكُم مَّشْكُورًا ٢٢
"(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)"." — Al-Insan 76:22
"[And it will be said], "Indeed, this is for you a reward, and your effort has been appreciated."" — Al-Insan 76:22

Sebagai balasan kesabaran mereka, Allah menggambarkan dengan terperinci nikmat Syurga: wajah yang berseri-seri, hati yang gembira, pakaian sutera, tempat berbaring di atas pelamin, naungan pohon yang dekat, buah-buahan yang mudah dipetik, bijana perak, piala minuman sejernih kaca namun diperbuat daripada perak, minuman bercampur kafur dan zanjabil daripada matair Salsabil, dilayan oleh pelayan-pelayan muda yang kekal, serta dihiasi gelang perak. Penggambaran pancaindera yang lengkap — rasa, penglihatan, sentuhan dan ketenangan — menunjukkan kesempurnaan nikmat akhirat berbanding kenikmatan dunia yang terbatas dan sementara.

As a reward for their patience, Allah describes Paradise in detail: radiant faces, joyful hearts, silk garments, couches, gentle shade without scorching sun or freezing cold, vessels of silver, drinks mixed with ginger, the spring of Salsabil — and finally, "this is a reward for you; your effort has been appreciated".

3.4 Peringatan Penutup: Sabar, Zikir & Qada Qadar (Ayat 23–31)

3.4 Closing Reminder: Patience, Remembrance & Divine Decree (Verses 23–31)

فَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًا ٢٤
"Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar." — Al-Insan 76:24
"So be patient for the decision of your Lord and do not obey from among them a sinner or ungrateful [disbeliever]." — Al-Insan 76:24
وَٱذْكُرِ ٱسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ٢٥
"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;" — Al-Insan 76:25
"And mention the name of your Lord [in prayer] morning and evening" — Al-Insan 76:25
وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَٱسْجُدْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا ٢٦
"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam." — Al-Insan 76:26
"And during the night prostrate to Him and exalt Him a long [part of the] night." — Al-Insan 76:26
إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا ٢٩
"Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)." — Al-Insan 76:29
"Indeed, this is a reminder, so he who wills may take to his Lord a way." — Al-Insan 76:29
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا ٣٠
"Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)." — Al-Insan 76:30
"And you do not will except that Allah wills. Indeed, Allah is ever Knowing and Wise." — Al-Insan 76:30

Bahagian penutup surah beralih kepada arahan langsung kepada Rasulullah ﷺ dan umatnya: bersabar menerima ketentuan Allah, jangan mengikut golongan yang berdosa dan ingkar, sentiasa berzikir pagi dan petang, serta mendirikan solat malam (ayat 26 — “bertasbihlah memujiNya pada sebahagian yang panjang dari waktu malam”). Ayat 27 mengingatkan tabiat manusia yang gemar kepada kesenangan segera dunia dan lalai terhadap hari akhirat yang berat. Ayat 29–30 menutup surah dengan prinsip akidah yang fundamental: manusia diberi peringatan dan jalan untuk memilih, namun kehendaknya tidak terlepas daripada kehendak Allah ﷻ — Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

The closing turns to direct instructions for the Prophet ﷺ and his community: be patient with Allah's decree, do not follow the sinful and ungrateful, remember Allah morning and evening, and pray at night. Verse 27 notes people's love of the immediate, and verses 29–30 close with a fundamental principle of creed: people are shown the way and may choose, yet their will does not escape Allah's will.

Bahagian 4
Section 4

I'jaz Ilmi — Sains & Kesihatan

Quran & Science

Surah Al-Insan mengandungi beberapa isyarat yang oleh ramai pengkaji dikaitkan dengan penemuan sains moden. Berikut tiga isyarat utama yang dikaitkan dengan ayat 2 dan 3 surah ini.

Surah Al-Insan contains several signs that many researchers associate with modern science. Here are three linked to verses 2 and 3, with honest notes on the limits of interpretation.

4.1 Nutfah Amshaj — Genetik Percampuran Baka (Ayat 2)

4.1 Nutfah Amshaj — The Genetics of a Mingled Drop (Verse 2)

إِنَّا خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَٰهُ سَمِيعًۢا بَصِيرًا ٢
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." — Al-Insan 76:2
"Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing." — Al-Insan 76:2

Perkataan “amshaj” (أَمْشَاجٍ) bermaksud sesuatu yang bercampur daripada pelbagai jenis. Dalam konteks ayat ini, ia merujuk kepada percampuran bahan genetik daripada kedua-dua ibu bapa semasa persenyawaan. Sains genetik moden mengesahkan bahawa zigot (sel pertama manusia) terbentuk hasil gabungan kromosom daripada sperma bapa (23 kromosom) dan ovum ibu (23 kromosom), menghasilkan 46 kromosom yang unik bagi setiap individu — satu “campuran” genetik yang selari dengan makna nutfah amshaj. Walaupun sebahagian ahli falsafah purba sudah berpendapat bahawa kedua-dua ibu bapa menyumbang kepada kejadian anak, butiran genetik dan kromosom ini hanya diketahui oleh sains pada abad ke-20.

"Amshaj" means something mixed from various kinds — here, the mixing of genetic material from both parents at fertilisation. The zygote forms from 23 chromosomes of the father's sperm and 23 of the mother's ovum, producing 46 chromosomes unique to each person. Although some ancient philosophers held that both parents contribute to a child, the details of genes and chromosomes were only discovered in the 20th century.

4.2 Pendengaran Mendahului Penglihatan (Ayat 2)

4.2 Hearing Before Sight (Verse 2)

إِنَّا خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَٰهُ سَمِيعًۢا بَصِيرًا ٢
"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." — Al-Insan 76:2
"Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing." — Al-Insan 76:2

Susunan kata dalam ayat ini menyebut pendengaran (sami’an) sebelum penglihatan (basira). Kajian embriologi moden mendapati bahawa sistem pendengaran janin (koklea) berkembang secara struktur dan mula berfungsi lebih awal, sekitar minggu ke-20 kehamilan, manakala sistem penglihatan kekal kurang berkembang sehingga lewat kehamilan dan hanya matang sepenuhnya selepas kelahiran. Susunan “mendengar” mendahului “melihat” dalam ayat ini selari dengan turutan perkembangan deria yang diperhatikan oleh sains perubatan moden. Namun perlu dinyatakan: para mufassir klasik menghuraikan susunan ini terutamanya dari sudut balaghah (keindahan bahasa), dan keselarian dengan embriologi ialah renungan tambahan, bukan tafsiran yang disepakati.

The verse mentions hearing before sight. Embryology finds that the foetal auditory system (cochlea) develops and begins to function earlier, around week 20, while vision remains less developed until late pregnancy and matures fully after birth. Honestly stated, the classical commentators explained this order mainly in terms of balagha (eloquence); the parallel with embryology is an additional reflection, not an agreed interpretation.

4.3 Kehendak Bebas & Neurologi Pilihan Moral (Ayat 3)

4.3 Free Will & the Neurology of Moral Choice (Verse 3)

إِنَّا هَدَيْنَٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا ٣
"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)." — Al-Insan 76:3
"Indeed, We guided him to the way, be he grateful or be he ungrateful." — Al-Insan 76:3

Ayat ini menegaskan bahawa manusia dikurniakan kebolehan membuat pilihan moral — suatu keupayaan kognitif tinggi yang dikaitkan oleh sains neurologi moden dengan korteks prefrontal otak, bahagian yang bertanggungjawab terhadap pertimbangan, penaakulan moral dan kawalan diri. Berbeza daripada haiwan yang bertindak mengikut naluri semata-mata, manusia dikurniakan struktur otak yang membolehkan refleksi diri dan tanggungjawab terhadap pilihan yang dibuat. Ini selari dengan konsep taklif (tanggungjawab keagamaan) yang hanya dikenakan ke atas manusia berakal, dan menjadi asas kepada konsep ganjaran dan dosa dalam Islam.

This verse affirms that humans are given the ability to make moral choices — a high cognitive capacity linked by neuroscience to the prefrontal cortex, responsible for judgement, moral reasoning and self-control. This is in harmony with the concept of taklif (religious responsibility) placed only on rational humans, the basis of reward and sin in Islam.

Bahagian 5
Section 5

Hadis Berkaitan

Related Hadith

Berikut lima hadis sahih yang berkait rapat dengan tema-tema utama Surah Al-Insan, lengkap dengan sanad dan rujukan untuk semakan lanjut.

The following five authentic hadith relate closely to the main themes of Surah Al-Insan, with their chains and references.

☾ Hadis 1 — Asal Usul Kejadian Manusia (Ayat 2)
☾ Hadith 1 — The Origin of Human Creation (Verse 2)

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ، حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَهْوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ قَالَ ‏"‏ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا، فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ‏.‏ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ الرُّوحُ، فَإِنَّ الرَّجُلَ مِنْكُمْ لَيَعْمَلُ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجَنَّةِ إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ كِتَابُهُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، وَيَعْمَلُ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ‏"‏‏.‏

Daripada Abdullah bin Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata:
Rasulullah ﷺ menceritakan kepada kami — dan Baginda adalah orang yang benar lagi dibenarkan —:
“Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama tempoh yang sama, kemudian menjadi mudghah (seketul daging) selama tempoh yang sama.
Kemudian Allah mengutuskan malaikat, lalu diperintahkan dengan empat perkara: ditulis amalannya, rezekinya, ajalnya, dan sama ada dia celaka atau bahagia.
Kemudian ditiupkan roh kepadanya.
Sesungguhnya seseorang daripada kamu beramal sehingga jarak antaranya dengan syurga tinggal sehasta, lalu ketetapannya mendahuluinya, maka dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu memasukinya.
Dan seseorang beramal sehingga jarak antaranya dengan neraka tinggal sehasta, lalu ketetapannya mendahuluinya, maka dia beramal dengan amalan ahli syurga lalu memasukinya.”**
'Abdullah ibn Mas'ud said: The Messenger of Allah ﷺ, the truthful and the believed, told us: "Each of you is gathered in his mother's womb for forty days, then becomes a clinging clot ('alaqah) for the like of that, then a lump (mudghah) for the like of that. Then Allah sends an angel who is commanded with four things: to write his deeds, his provision, his lifespan, and whether he will be wretched or happy. Then the soul is breathed into him…"
Riwayat: Sahih al-Bukhari (3208) — Kitab Bad' al-Khalq
Sanad: Al-Hasan bin ar-Rabi' → Abu al-Ahwas → Al-A'masy → Zaid bin Wahb → 'Abdullah bin Mas'ud RA
Narrated in: Sahih al-Bukhari (3208) — Book of the Beginning of Creation
Chain: Al-Hasan bin ar-Rabi' → Abu al-Ahwas → Al-A'masy → Zaid bin Wahb → 'Abdullah bin Mas'ud RA
✔ Sahih
☾ Hadis 2 — Keikhlasan dalam Memberi (Ayat 8–9)
☾ Hadith 2 — Sincerity in Giving (Verses 8–9)

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ ‏"‏ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ الإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ‏.‏ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ‏"‏‏.‏

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Tujuh golongan yang Allah akan menaungi mereka di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:
Pemimpin yang adil,
Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Tuhannya,
Seorang lelaki yang hatinya terpaut pada masjid,
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya,
Seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan, lalu dia berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’,
Seorang lelaki yang bersedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,
Seorang lelaki yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu mengalir air matanya.”
Abu Hurairah reported that the Prophet ﷺ said: "Seven whom Allah will shade in His shade on the Day when there is no shade but His: a just ruler; a youth who grew up worshipping his Lord; a man whose heart is attached to the mosques; two men who love each other for Allah's sake; a man called by a woman of rank and beauty who says, 'I fear Allah'; a man who gives charity so secretly that his left hand does not know what his right hand gives; and a man who remembers Allah in private and his eyes flow with tears."
Riwayat: Sahih al-Bukhari (660) — Kitab al-Adhan
Sanad: Muhammad bin Basysyar → Yahya → 'Ubaidullah → Khubaib bin 'Abd al-Rahman → Hafs bin 'Asim → Abu Hurairah RA
Narrated in: Sahih al-Bukhari (660) — Book of the Call to Prayer
Chain: Muhammad bin Basysyar → Yahya → 'Ubaidullah → Khubaib bin 'Abd al-Rahman → Hafs bin 'Asim → Abu Hurairah RA
✔ Sahih
☾ Hadis 3 — Menyempurnakan Nazar (Ayat 7)
☾ Hadith 3 — Fulfilling Vows (Verse 7)

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ، عَنِ الْقَاسِمِ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ ‏"‏ مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ ‏"‏‏.‏

Daripada Aisyah رضي الله عنها bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaati-Nya. Dan sesiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat kepada-Nya, maka janganlah dia melakukannya.”
'Aishah reported that the Prophet ﷺ said: "Whoever vows to obey Allah, let him obey Him; and whoever vows to disobey Him, let him not disobey Him."
Riwayat: Sahih al-Bukhari (6696) — Kitab al-Ayman wa an-Nudhur
Sanad: Abu Nu'aim → Malik → Talhah bin 'Abd al-Malik → Al-Qasim → 'Aisyah RA
Narrated in: Sahih al-Bukhari (6696) — Book of Oaths and Vows
Chain: Abu Nu'aim → Malik → Talhah bin 'Abd al-Malik → Al-Qasim → 'Aisyah RA
✔ Sahih
☾ Hadis 4 — Pakaian Sutera Syurga (Ayat 12 & 21)
☾ Hadith 4 — The Silk of Paradise (Verses 12 & 21)

حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ، قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ ـ قَالَ شُعْبَةُ فَقُلْتُ أَعَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ شَدِيدًا عَنِ النَّبِيِّ ﷺ ـ فَقَالَ ‏"‏ مَنْ لَبِسَ الْحَرِيرَ فِي الدُّنْيَا فَلَنْ يَلْبَسَهُ فِي الآخِرَةِ ‏"‏‏.‏

Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang memakai sutera di dunia, maka dia tidak akan memakainya di akhirat.”
Anas ibn Malik reported that the Prophet ﷺ said: "Whoever wears silk in this world will not wear it in the Hereafter."
Riwayat: Sahih al-Bukhari (5832) — Kitab al-Libas
Sanad: Adam → Syu'bah → 'Abd al-'Aziz bin Suhaib → Anas bin Malik RA
Narrated in: Sahih al-Bukhari (5832) — Book of Dress
Chain: Adam → Syu'bah → 'Abd al-'Aziz bin Suhaib → Anas bin Malik RA
✔ Sahih
☾ Hadis 5 — Kelebihan Solat Malam (Ayat 26)
☾ Hadith 5 — The Virtue of Night Prayer (Verse 26)

حَدَّثَنِي قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ ‏"‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ ‏"‏ ‏.‏

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Allah, al-Muharram. Dan solat yang paling utama selepas solat fardu ialah solat malam.”
Abu Hurairah reported that the Messenger of Allah ﷺ said: "The best fast after Ramadan is in Allah's month of al-Muharram, and the best prayer after the obligatory prayer is the night prayer."
Riwayat: Sahih Muslim (1163a) — Kitab as-Siyam
Sanad: Qutaibah bin Sa'id → Abu 'Awanah → Abu Bisyr → Humaid bin 'Abd al-Rahman al-Himyari → Abu Hurairah RA
Narrated in: Sahih Muslim (1163a) — Book of Fasting
Chain: Qutaibah bin Sa'id → Abu 'Awanah → Abu Bisyr → Humaid bin 'Abd al-Rahman al-Himyari → Abu Hurairah RA
✔ Sahih
Bahagian 6
Section 6

Panduan Amali, Doa & Penutup

Practical Guidance, Supplication & Conclusion

Beberapa panduan praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian berdasarkan pengajaran Surah Al-Insan:

Practical guidance for daily life based on the lessons of Surah Al-Insan:

✦ Panduan Amali
✦ Practical Guidance

Penutup

Conclusion

إِنَّ هَٰذِهِۦ تَذْكِرَةٌ ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلًا ٢٩
"Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)." — Al-Insan 76:29
"Indeed, this is a reminder, so he who wills may take to his Lord a way." — Al-Insan 76:29
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

📥 Muat Turun eBook PDF

📥 Download eBook PDF

Kulit eBook Surah Al-Insan

Dapatkan versi PDF lengkap Surah Al-Insan: Sains & Kesihatan — PERCUMA

Get the complete PDF version of Surah Al-Insan: Science & Health — FREE

Muat Turun PDF — PercumaDownload PDF — Free

📚 Sumber & Rujukan

📚 Sources & References

Al-Quran & Tafsir

Qur'an & Tafsir

  • Al-Qur'an al-Karim, Rasm Uthmani (Riwayat Hafs 'an 'Asim)
  • Abdullah Basmeih — Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (JAKIM)
  • Sahih International — The Qur'an: English Meanings
  • Ibn Kathir — Tafsir al-Qur'an al-'Azim

Hadith

Hadith

  • Sahih al-Bukhari — No. 660, 3208, 5832, 6696
  • Sahih Muslim — No. 1163a

Sains

Science

  • Moore KL, Persaud TVN. The Developing Human: Clinically Oriented Embryology.
  • Kajian perkembangan deria janin (pendengaran & penglihatan).
  • Kajian neurosains tentang korteks prafrontal dan penaakulan moral.